Sebelum terus bercerita pengalaman mengenai anemia semasa hamil ni, kita ambil tahu dulu serba sedikit tentang anemia ni.

Tahukan komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan adalah zat besi. Apabila sel darah merah kurang daripada normal (12-15 mg/dl) biasanya wanita akan berdepan dengan risiko mengalami anemia semasa hamil atau Hb rendah.

Ramai yang mengabaikan gejala awal yang biasa dialami ibu hamil seperti mudah rasa letih, emosi tak stabil, tidak sihat dan badan lemah kerana ia dianggap normal dan perkara biasa berlaku pada ibu hamil akibat perubahan hormon dalam badan.

Menurut kajian seorang daripada tiga orang wanita akan mengalami masalah kurang zat besi. Mulanya ia dianggap normal tapi boleh bertukar serius jika paras darah merah terlalu kurang dalam badan.

Bagaimana Anemia Semasa Hamil Berlaku

Anemia boleh berlaku disebabkan ada gangguan pembentukan sel darah merah atau pemusnahan sel darah merah berlebihan atau berlakunya pendarahan.

Masalah ini sebenarnya jika di ambil ringan dan tidak dirawat sebaiknya ia memang boleh menyebabkan kekurangan zat besi yang serius. Bukan saja bahaya kepada ibu malah bayi yang dikandung turut mendapat kesan jangka panjang pada kesihatan.

Sebenarnya wanita perlu mengambil zat besi yang secukupnya semasa hamil. Keperluan zat besi semakin bertambah selepas kelahiran serta sepanjang tempoh penyusuan anak. Pengambilan zat besi secukupnya memang sangat penting terutamanya wanita yang sudah bergelar ibu.

 

Punca Masalah Anemia Semasa Hamil

  1. Kehamilan – wanita hamil memerlukan zat besi tambahan untuk menghasilkan lebih banyak darah bagi menyokong keperluan khasiat diri sendiri dan tumbesaran bayi dalam kandungan
  2. Diet yang tidak cukup zat besi dan tak seimbang
  3. Penyerapan zat besi yang rendah oleh badan
  4. Kehilangan darah kronik akibat ulser perut, parasit atau buasir
  5. Kehilangan banyak darah semasa haid atau kehamilan
  6. Kesan sampingan dari kaedah perubatan yang pernah diambil
  7. Keganjilan hemoglobin dalam darah (hemoglobinopathy)
  8. Faktor genetik seperti pengidap talasemia

Dianggarkan wanita hamil memerlukan 50 peratus zat besi iaitu pertambahan jumlah daripada 15mg/dl kepada 27mg/dl sehari.

Baca Juga:  Cara Atasi Keputihan Semasa Hamil Dan Bahaya Kuman GBS

Mengapa Masalah Anemia Semasa Hamil Kerap Berlaku

Kebanyakan ibu hamil memulakan kehamilan tanpa mempunyai simpanan zat besi secukupnya. Sedangkan apabila bermulanya kehamilan keperluan zat besi dalam badan adalah lebih tinggi. Kekurangan zat besi ini boleh berlanjutan berlaku sehingga selepas melahirkan bayi dan proses penyusuan.

Simptom Masalah Anemia ( Kekurangan zat besi )

#1. Mudah rasa pening terutama bila bangun dari duduk atau sebagainya

#2. Muka kelihatan pucat dan lesu

#3. Jantung berdegup laju dan sesak nafas

#4. Sembelit

#5. Letih

Komplikasi Kehamilan Yang Serius Berkait Dengan Anemia

  1. Keguguran
  2. Kelahiran pra-matang
  3. Koma
  4. Saiz bayi yang kecil atau berat badan rendah
  5. Peningkatan kebarangkalian meninggal dunia ( kes kronik )

Wanita Yang Berisiko Mengalami Anemia Selepas Bersalin

  1. Menghidap anemia semasa kehamilan terdahulu
  2. Mengalami kehilangan darah berlebihan semasa bersalin
  3. Sudah beberapa kali melahirkan anak. Sejarah kekerapan melahirkan anak boleh menyebabkan kekurangan zat besi
  4. Ibu menyusu.
  5. Jarak kelahiran yang singkat.
  6. Kehilangan darah berlebihan semasa haid.

Jadi perancangan awal sangat perlu untuk menghadapi risiko anemia dan menjaga diri ketika dan selepas melahirkan anak.

Sebaiknya digalakkan berjumpa doktor untuk menentukan tahap hemoglobin dalam darah melalui ujian darah. Kebanyakan ramai yang berjumpa doktor ketika hamil dan apabila buat ujian darah simptom anemia ringan sudah sedia ada.

Tahap Kepekatan Darah Wanita Hamil 

  • kepekatan darah lebih 11 mg/dl – normal
  • kepekatan darah 9-11 mg/dl – anemia ringan
  • kepekatan darah 7.0-8.9 mg/dl – anemia sederhana
  • kepekatan darah kurang daripada 7.0 mg/dl – anemia sangat kritikal

Bagaimana Anemia Menyebabkan Mudah Merasa Letih dan Nampak Pucat

  • Kekurangan hemoglobin mengurangkan keupayaan mengangkut oksigen ke tisu.
  • Tenaga dihasilkan di tisu melalui pembakaran makanan tercerna dengan menggunakan oksigen
  • Hemoglobin mengandungi pigmen yang bertukar menjadi merah apabila bergabung dengan oksigen
  • Kekurangan hemoglobin menyebabkan warna darah kurang merah. Biasanya wajah seseorang kelihatan pucat tak bermaya.

Cara Atasi Anemia Semasa Hamil

  1. Ubah gaya hidup
  2. Jaga pemakanan – menambah bekalan zat besi semasa hamil, ketika proses melahirkan anak dan menyusu bayi melalui pemakanan dan suplemen.
  3. Zat besi tambahan melalui suplemen semulajadi seperti Vitalea sangat membantu. Vitalea mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral termasuk zat besi. Sumber zat besi disyorkan di ambil bersama folat, kuprum dan zink yang juga ada di dalam vitalea. Di sarankan mengambil bersama-sama makanan untuk membantu memulihkan kekurangan hemoglobin dan optimumkan penyerapan zat besi. Ia sangat membantu hb rendah atau anemia semasa hamil.
  4. Vitamin C tambahan perlu diambil bersama-sama untuk membantu meningkatkan serapan zat besi.
  5. Elak mengambil minuman teh atau kafein 1-2 jam sebelum mengambil vitamin untuk cegah gangguan pada penyerapan vitamin tersebut oleh badan.
  6. Kalsium digalakkan di ambil berasingan dengan zat besi. Seeloknya sebelum tidur untuk mengelak gangguan penyerapan zat besi oleh badan.
  7. Ambil Vitamin B yang cukup terutamanya B12. Kekurangan vitamin B12 boleh mengganggu kematangan sel darah merah yang mengebabkan punca anemia boleh berlaku. Tanda seperti kebas di hujung kaki dan tangan sering berlaku disebabkan kekurangan B12.
Baca Juga:  10 Perubahan Yang Ibu Hamil Perlu Tahu

Suplemen Terbaik Untuk Anemia Semasa Hamil Atau Hb Rendah

Vitalea – Multivitamin yang terdiri daripada 28 jenis vitamin termasuk zat besi untuk membantu merangsang pembentukan sel darah merah

B- Complex – Mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B termasuk B12 yang sangat penting untuk membantu kematangan sel darah merah. Juga bersifat anti-stress.

Sustained Release Vitamin C – Membantu serapan zat besi dan B12 dengan baik serta menambahbaik kecekapan sistem imun badan sediaada.

Pastikan air kosong di ambil secukupnya untuk mengelak masalah sembelit ketika hamil yang biasa terjadi semasa hamil.

 

#1. Pengalaman Pengguna Shaklee 

Aku dan Anemia

Sebelum mengandung hb aku cuma 6g/dL…Doktor cakap macam mana nak mengandung hb rendah sangat..okay tak lama lepas tu, rezekinya aku mengandung jugak…Alhamdulillah. Hari pertama buat buku pink, hb masih rendah 7g/dL. Aduhai kali ni tak boleh elak, kena masuk wad -blood transfuse. Selepas itu mulalah episod nk kena makan pelbagai ubat untuk tambah darah….mabukkk sangat!sebab kena makan ubat tambah darah…kadang2 aku mengelat skip makan ubat, bila nk dekat tarikh jumpa doktor baru makan…hb aku naik sket je +/- 9g/dL merah je…doktor suspek aku tak makan…terpaksalah mengaku sebab memang tak boleh langsung…mabuk teruk!Akhirnya tanya kawan baik apa suplement terbaik. Dia cadangkan aku makan vitalea, vit-c & b-complex…Alhamdulillah memang tak mabuk…Last day appointment, sebelum bersalin akhirnya kat buku pink tu hb 11g/dL.

Selepas bersalin, masalah anemia aku belum berakhir…darah nifas tak berhenti sampai 4 bulan, makin banyak, laju macam air paip… masa ni memang dah rasa sakit sangat, kulit pucat, kepala pusing…sakitnya terasa sampai hujung kuku..hb rendah semula. fibroid dalam rahim perlu dibuang, sel darah merah berkurang dengan cepatnya…sehingga tarikh operation buang fibroid, ulang alik duk hospital – tambah darah

Redha semua ujian ni. Seminggu sebelum operation, hb 10g/dL…aku konsisten makan shaklee semula…akhirnya hb normal cantik 13g/dL…Alhamdulillah selamat menjalani pembedahan. tiada blood transfusion…

Moralnya apa ye… jangan pandang ringan masalah anemia ni tau!Jangan malas makan supplement!

Baca Juga:  Hilangkan Pedih Ulu Hati Semasa Mengandung. Wajib baca!

-Ainiza Hamidon-

#2. Pengalaman Pengguna Shaklee 

Sebelum tu jom tonton video ini dan ikuti pengalaman beliau yang pernah mengidap anemia semasa mengandung.

 

Ketahui juga Tips Paling berkesan Atasi Anemia Ibu Hamil 

BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN PRODUK TERBAIK NI ?

Hubungi saya melalui Whatsapp di 012-3398734 untuk mendapatkan konsultasi paling tepat dengan pilihan suplemen terbaik berkaitan masalah dan bajet anda.

Saya adalah pengedar Sah Shaklee Seluruh Malaysia. Istimewanya anda jika pembelian melalui saya anda layak mendapat konsultasi secara berterusan untuk penggunaan produk Shaklee secara tepat dan berkesan.

 

Pilihan lain untuk anda yang mempunyai kad kredit, belian set ini boleh terus dibuat dengan KLIK gambar di bawah. Mudah, selamat dan cepat.Cara beli Shaklee online

 

“Tiada Jalan Pintas Untuk Sihat”

:: Apa Yang Kita Makan Hari Ini Akan Menentukan Kesihatan Kita 10 Tahun Akan Datang ::

Untuk dapatkan info lanjut mengenai masalah atau produk seperti di atas serta konsultasi eksklusif khas untuk anda, sila hubungi saya segera:

Hadyla Rose
Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Puchong & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
012 – 339 8734

SID No.:
910071

Email:
hadylarose@diarinutrisi.com

 

Pengalaman Aku dan Anemia Semasa Hamil Anak Pertama

2 thoughts on “Pengalaman Aku dan Anemia Semasa Hamil Anak Pertama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge