Pengalaman Anak Dijangkiti Virus Influenza B.

Pengalaman Anak Dijangkiti Virus Influenza B

Bahaya ke ? Ya, boleh membawa kepada bahaya jika tidak dikesan dengan cepat. Ramai ibu bapa yang masih keliru termasuk lah HR, memang awalnya tidak dapat bezakan sama ada ia jangkitan influenza atau selesema.

 

Mulanya doktor beritahu viral fever dan ada bekalkan ubat termasuk antibiotik untuk kegunaan di rumah. Jadi macam biasa lah rutin anak tak sihat ni memang malam-malam tu berjaga untuk pantau suhu badan.

 

Biasanya kalau demam tu, tengah-tengah malam terutama pukul 2-4 pagi, suhu badan memang tinggi. Masa ni memang standby je untuk lap badan dengan air, letak kain basah atas dahi. Memang macam tu lah rutinnya bila setiap kali anak demam

 

Ada juga dia mengadu sejuk. Tapi bila cek suhu badan, masih panas. Yang pelik selepas ambil ubat, suhu badan masih tidak banyak perubahan. Terus bawa jumpa doktor lagi kali kedua.

 

Keputusan ujian darah memang NEGATIF denggi. Tapi kali ni suhu tak mahu turun – turun. Kalau dah masuk hari ketiga demam, biasanya selepas makan ubat suhu badan dah kembali normal. Kali ni lain pula demam nya tu, suhu tak mahu turun.

pengalaman anak demam denggi

Kerap juga dia mengadu rasa pening. Bila dah mula pening tu terbaring je la. Tidur.  Badan pun panas dan tak larat even nak buka mata pun dia tak nak. Selang seli juga dengan batuk berkahak yang pekat.

 

Tapi bila kepala ringan sikit, suhu badan pun dah turun sikit, mula lah aktif balik. Gaya budak-budak especially anak HR macam ni lah, rasa sihat sikit mula lah cari akal.

 

15 Dec 2018, pagi Sabtu tu terus suami bawa ke hospital Columbia sebab risau suhu badan memang panas hampir 39.6 degree. Lagi pun demam sudah melebih dari 3 hari.

 

Jadi cuti sekolah kali ni memang banyak di rumah dan hospital je lah. Bukan sekali kena tahan wad ni tapi dua kali ( dengan kes berlainan), ujian Allah tanda sayang. Nasib baik juga lah jarak hospital yang berdekatan dengan rumah, banyak memudahkan kami untuk sesi ulang alik bertukar syif selama 4 hari 3 malam untuk jaga anak yang demam ni.

Baca Juga:  Manfaat Omega 3 Untuk Otak Anak Serta Tajamkan Minda
pengalaman anak dijangkiti influenza B
Boy kuat !

 

Masa check in ada bilik single room, Alhamdulillah. Kalau tak, agak sukar jugak lah untuk suami jaga kalau bilik berkongsi dengan orang lain. Waktu melawat pun sangat flexible. 

pengalaman anak dijangkiti influenza B

 

Menurut result hari pertama tinggal di wad, doktor maklumkan NEGATIVE denggi. Masa ni dalam hati,… bersyukur sangat dan terdetik juga mungkin viral fever biasa je ni. Tapi yang peliknya demam dia on-off. Kadang suhu naik agak tinggi. Disusuli juga dengan batuk dengan kahak pekat dan selsema.

pengalaman anak dijangkiti influenza B
Selepas makan ubat terus tidur

Masuk hari kedua di wad. Doktor sahkan result POSITIF Influenza B. Allahu,.. mana pula kami dapat Influenza B ni.

 

pengalaman anak dijangkiti influenza B

Bila doktor terangkan macamana virus ni boleh tersebar. Baru kami faham, virus ni senang tersebar melalui udara. Semua orang berisiko untuk di jangkiti virus flu ni. Namun ada golongan tertentu yang berisiko lebih tinggi untuk menghidapi penyakit yang lebih teruk. Nauzubillahi min zalik minta dijauhkan.

 

Bagaimana Flu Merebak ? Baca SINI

 

Cuma virus flu merebak dan memberi kesan kepada individu secara berbeza berdasarkan kepada keupayaan badan melawan jangkitan. Bila doktor bagitau virus influenza ni banyak kategorinya, baru kami faham. Kita sebenarnya banyak bergantung kepada sistem imun diri kita sendiri supaya sentiasa kuat untuk melawan sebarang jangkitan.

 

Lepas ni, alternatif HR untuk kuatkan sistem imun anak-anak dengan Vitamin Chewable C Shaklee setiap hari. Ikhtiar supaya sistem imun sentiasa kuat. In syaa Allah, kita hanya ikhtiar. Selebihnya berserah kepada aturanNya.

 

Hari ke-empat, alhamdulillah dah dibenarkan discharge. Suhu badan dah kembali normal. Cuma perlu habiskan ubat dan antibiotik yang dibekalkan di rumah pula. ( Banyak tu ubat – LOL ) Terima kasih juga kepada nurse yang sabar dan baik hati semuanya. Jaga dan layan anak HR sepanjang di wad. Banyak juga ragam anak HR ni terutama masa nak bagi makan ubat.

pengalaman anak dijangkiti influenza B
Big boy dah sihat. Alhamduillah. Doktor kata dah boleh balik. Yeayy !  Turun ke Cafe, boring katanya terbaring je kat bilik sambil menunggu proses discharge.

 

Sebelum ni HR dengar pengalaman orang je, tapi kali ni perkongsian sendiri dengan pengalaman Anak Dijangkiti Virus Influenza B.

Baca Juga:  Taman Burung KL Bird Park Sesuai Untuk Anak Musim Cuti Sekolah

 

Ujian tanda Allah sayang kan ? Sentiasa lah kita bersangka baik. Doakan anak anak HR membesar dengan sihat dan di bawah perlindunganNya selalu. In syaa Allah… Aamiin

 

 

~~~~~~~~~

Jika ingin mendapatkan suplemen Shaklee anda boleh hubungi Hadyla Rose. Klik sahaja icon kat bawah tu okay.Hubungi Hadyla Segera

Pengalaman Anak Dijangkiti Virus Influenza B, Bahaya ke ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge