Pengalaman Buat Passport Budak Di Putrajaya. Mudah dan Cepat! Alhamdulillah.

tips dan pengalaman buat passport

 

Tahun ni plannya nak ubah haluan sikit, nak bagi reward kat anak yang dah struggle usaha untuk exam PPSR dan PSRA. Boleh dikatakan sepanjang hujung minggu dari awal tahun lagi, memang jadual padat dengan kelas tambahan sekolah setiap hujung minggu dan extra tuisyen malam lagi. Penat kan ? Jadi ni salah satu reward atas usaha keras untuk persediaan peperiksaan PPSR dan PSRA.

 

Semoga segala rancangannya nanti berjalan dengan lancar. In syaa Allah. Last dulu tahun 2013 kami sekeluarga ke Disneyland Hong Kong. Masa tu kami 5 beranak. Pejam celik pejam celik hampir 5 tahun juga. Sampai nak renew passport pun banyak dah yang lupa prosedur dia macamana sebabnya bukan setiap tahun kena renew kan.

 

Keluar negara pun bukan setiap tahun, ni pun bertahun penuh kan tabung travel untuk capai hajat anak anak. Jadi kena lah latih diri menabung dulu sebelum ke mana-mana terutamanya keluar negara.

 

Tapi HR dah jumpa satu PELUANG BEST…peluang apa tau ?… haaa peluang TRAVEL percuma setiap tahun. Siap dapat extra duit lagi masa kita travel tu nanti. Best kan ? Ni salah satu alternatif lain untuk jimat kos travel kan ?

 

Klik SINI kalau nak tahu lebih lanjut pasal Travel percuma tu. Ada terma dan syarat juga. Tapi serins berbaloi sangat untuk di usahakan. In syaa Allah.

 

Jom HR kongsikan pengalaman renew passport anak -anak di Jabatan Imegresen Malaysia, Putrajaya di aras 3. So boleh lah sediakan apa yang patut sebelum terjah ke sana. Moga ia bermanfaat.

Document Yang Perlu Bawa Untuk  Renew Passport Anak

  1. Buku passport lama
  2. Surat beranak asal anak & bersama 1 salinan
  3. Kad pengenalan Ibu/Bapa/Penjaga & bersama 1 salinan setiap anak
  4. Pakaikan baju gelap atau kalau yang bertudung tu sarungkan tudung gelap siap-siap
  5. Sekarang dah tak perlu bawa gambar sendiri dah, terus ambil gambar kat kaunter je.
  6. Kanta lekap berwarna tidak dibenarkan.
Baca Juga:  Jatuh Cinta Dengan Vivix Shaklee Sejak Lebih 3 Tahun

 

 

Hari Isnin lebih kurang 12.30 tengahari, HR sampai di Jabatan Imegresen Malaysia dan terus dapatkan no.giliran di aras 3. Lepas je dapat no. giliran tu pegawai di sana sarankan HR datang pukul 3 petang.

 

Jadi sempatlah HR uruskan hal lain dulu. Sebenarnya HR tak bawa pun surat beranak anak-anak. Jadi terpaksa lah balik rumah ambil. Tepat jam 3 petang HR dah sampai sana. Mujur nombor belum di panggil lagi, sempat la duduk menunggu 5 minit sebelum nombor dipanggil.

 

1066 nombor dipanggil. Hehe. Apalagi anak-anak bukan main seronok. Masa tu dorang kena :

  1. Ukur tinggi ( jangan risau tempat untuk ukur ketinggian disediakan kat sana)
  2. Nasib baik anak -anak, di pakaikan baju t-shirt gelap jadi tak de masalah sangat.
  3. Masa nak ambil gambar tu rambut anak lelaki HR menutupi dahi (nasib baik pegawai di sana sediakan water spray) settle masalah rambut
  4. Satu lagi kalau anda yang berkaca mata atau pakai contact lens berwarna kena buka tau masa nak ambil gambar tu. Jadi pandai pandai lah planning dari awal ye, tak lah kelam kabut pula nanti.

 

Proses Renew Passport Malaysia

  1. Dapatkan angka giliran
  2. Tak perlu isi borang ( tengok cawangan juga ada yang kena isi borang dulu )
  3. Bila nombor dipanggil serahkan ( passport lama, surat beranak dan kad pengenalan penjaga )
  4. Ambil cap cari biometrik anak ( anak umur 6 tahun ke bawah cap jari penjaga diperlukan ) dan lepas tu bergambar.
  5. Then, tunggu nombor dipanggil untuk buat bayaran. Untuk anak di bawah 12 tahun RM100 untuk tempoh 5 tahun dari tarikh passport dikeluarkan. So cepat-cepat daftar sebelum umur anak 12 tahun ye. Jimat RM100 tu.
  6. Then, tunggu lagi nombor dipanggil untuk ambil passport, estimate dalam 1 jam. Bawa resit bayaran bersama. Lagi sekali cap jari biometrik penjaga diperlukan untuk anak umur bawah 6 tahun.
  7. Passport siap. Yeayyy!

 

Klik SINI : butiran lanjut senarai Pejabat Imigresen Pengeluar Passport Putrajaya, Selangor Dan Kuala Lumpur.

 

Hari tu dokumen HR tak lengkap. Rupanya kena buat salinan untuk sijil kelahiran dan kad pengenalan penjaga, HR bawa yang original semata. Mujur di aras bawah ( ground floor) tu ada satu tempat fotostat ( sebelah kedai Mamak, lupa pula nama Restoran tu).

Baca Juga:  Senarai Pejabat Imigresen Pengeluar Passport Yang Buka Hari Sabtu Dan Ahad

 

Dah siap fotostat terus laju naik di aras 3 untuk serahkan semua dokumen tu. Memang tak lama pun tunggu terus nombor giliran dipanggil lagi untuk proses kedua iaitu buat bayaran. Proses ketiga tunggu nombor giliran dipanggil untuk dapatkan passport baru.

 

Lebih kurang sejam setengah urusan selesai. Alhamdulillah cepat sangat urusan renew passport hari tu. Kebetulan kat sana memang ada bilik khas untuk anak -anak bermain. So tak lah terasa lama dorang nak menunggu kan.

 

Harga Passport Untuk Kanak-Kanak : RM 100 untuk tempoh 5 Tahun.

Waktu Operasi :

Pejabat Imigresen W.P Putrajaya

 No.17, Tingkat 3 ( Tower A), Menara Ikhlas , Persiaran Perdana,

Presint 3 Putrajaya.

Isnin -Khamis : 7.30 pagi – 5.00 petang

Jumaat : 7.30 pagi – 12.15 tengahari & 2.45 petang – 5.00 petang

 

pengalaman buat passport budak

Selamat Travel untuk geng kaki Travel semua.

 

 

~~~~~~~~

 

Untuk dapatkan suplemen Shaklee anda boleh hubungi Hadyla Rose. Klik sahaja icon kat bawah tu okay.

Hubungi Hadyla Segera

 

Tips Dan Pengalaman Buat Buku Passport Budak Di Putrajaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge