Muka rasa gatal-gatal lepas tu keluar bintik-bintik halus ? Alah pula dengan matahari, asal panas sikit je muka dah jadi merah. Niat nak cantik ni lain pula yang jadi. Masalahnya bukan bertambah cantik malah lebih teruk dari yang asal. Pernah tak alami masalah macam ni. Dah la nak pulihkan kulit muka rosak ni bukan boleh ambil masa sehari dua. Tak kan la pula nak berkurung dalam bilik, sampai bila ?

Hati-hati jangan tersalah pilih sebab sekarang memang berlambak produk beracun yang semakin menggerunkan ni, banyak yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Memang wujud tau skincare rebrand atau krim timbang kilo ni. Ramai yang tersalah pilih produk yang mengandungi bahan kimia bahaya yang merosakkan kulit.

 

Punca Kulit Muka Rosak

#1. Kesan buruk raksa atau merkuri

Raksa atau merkuri adalah logam berat yang sangat beracun. Sering disalahgunakan dalam produk kecantikan sebagai agen pemutih kulit wajah.

  • jerawat tidak pernah muncul kerana tiada liang pori-pori.
  • jerawat biasanya akan keluar setiap bulan ketika haid adalah normal
  • kulit menjadi merah dan sensitif
  • kulit berminyak secara berlebihan dan timbul jerawat yang banyak
  • kulit bertukar kusam dan timbul ruam apabila semakin lama
  • kulit semakin menipis
  • terjadi pigmentasi dan berparut,
  • timbul jerawat bernanah
  • kegagalan kulit melawan bakteria
  • perubahan atau kelunturan pada warna asal kulit yang ketara.
  • merkuri memang mampu memutihkan kulit dengan cepat.
  • merkuri sangat bahaya kerana ia mudah menyerap ke dalam saluran darah. Kesan jangka panjang boleh merosakkan buah pinggang, ginjal dan gangguan saraf serta organ lain.

#2. Kesan buruk Hidrokinon

  • Hidrokinon bertindak menghalang pengeluaran melanin dan kulit menjadi semakin cerah tetapi lapisan kulit muka akan menjadi nipis.
  • Jika terdedah kepada matahari secara berlebihan muka akan menjadi merah dan pedih
  • Kesan hidrokinon ini juga boleh menyebabkan sakit kepala, sukar bernafas, mual dan muntah jika masuk ke dalam saluran darah dalam kuantiti yang tinggi.

#3. Kesan buruk Tretinoin / Ratin-A

  • Ia digunakan untuk merawat jerawat. Namun penggunaan bahan ini sangat berbahaya pada kulit kerana boleh menyebabkan kulit menggelupas, sensitif, kemerahan dan boleh menyebabkan kecacatan kepada janin jika ibu itu hamil.
Baca Juga:  Jom Singkirkan Parasit dengan Detoks Parasit

Hati-hati ada sesetengah bahan kimia di dalam produk kosmetik ini boleh mengundang dan merangsang pertumbuhan sel kanser.

 

5 Tanda Produk Kosmetik Berbahaya Yang Patut Ambil Tahu

  • Kulit asal boleh bertukar putih dalam masa yang singkat. Hati-hati ye kandungan merkuri yang tinggi boleh menjadikan kulit berubah menjadi putih dengan cepat. Pori-pori juga mengecil dan halus dalam masa yang singkat.
  • Bila di sapu di bahagian tangan/lengan terasa gatal atau panas
  • Biasanya ia bersifat melekit bila di pakai
  • Bau yang agak kuat menyengat kerana kandungan merkuri
  • Lapisan luar kulit akan mengelupas dalam tempoh seawal seminggu

 

Tips Cerahkan Kulit Dengan Bahan Semulajadi

  1. Limau, Betik – mengandungi vitamin C yang membantu menghilangkan parut hitam di muka
  2. Totamo – kandungan likopen dapat membantu proses pemulihan kulit rosak dan kembalikan tekstur asal kulit wajah
  3. Beras – mengandungi pitera semulajadi yang membantu kembalikan keserian wajah dan keremajaan kulit
  4. Lidah buaya – mengelakkan jeragat dan memutihkan warna kulit muka secara semulajadi
  5. Soya – isoflavon yang terkandung dalam soya sangat bagus untuk mengelakkan penuaan awal kulit

Tips Pemilihan Produk Yang Betul

1) Jika mengalami kulit muka rosak akibat salah pilih produk, berhenti segera buat masa sekarang kerana kulit sudah mengalami iritasi untuk mengelak daripada komplikasi yang lebih buruk.

2) Beri masa untuk kulit pulih secara semulajadi. Jangan mencuba yang lain dulu untuk sementara waktu. Seeloknya bantu kulit sihat dari dalaman untuk percepatkan proses pemulihan sel. Amal makanan yang tinggi kandungan vitamin C, Vitamin E, vitamin A, biotin dan mineral zink. Untuk membantu badan dapat sumber vitamin dan mineral ini pada tahap optimum pemakanan melalui suplemen secara konsisten sangat membantu untuk kulit pulih dengan cepat dan berkesan.

3) Jangan sesekali memicit jerawat pada kawasan yang rosak itu kerana bakteria boleh memburukkan lagi proses pemulihan kulit

4) Terdedah kepada matahari juga boleh menyebabkan penghasilan melanin berlebihan di dalam kulit. Lama-kelamaan boleh menyebabkan pigmentasi seperti jeragat.

Baca Juga:  Tips Panjangkan Hayat Buah Pinggang

5) Jangan lupa minum air kosong 8 gelas sehari untuk membantu proses penyingkiran toksin berlebihan dari badan

6) Untuk mengembalikan kulit yang lebih sekata dan licin kembali dapatkan sumber protein dan kolagen. Kedua sumber ini membantu proses penghasilan sel-sel baru yang lebih sihat. Kolagen makin menurun apabila usia makin meningkat. Dapatkan secara optimum dari pemakanan nutrisi suplemen.

7) Pilih pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit. Seeloknya kenali dulu jenis kulit muka kita

  • Kulit normal
  • Kulit berminyak
  • Kulit kering
  • Kulit kombinasi
  • Kulit sensitif

Seeloknya elakkan memakai sabun mandi ye. Nak jimat punya pasal sabun mandi pun jadilah. Jangan ye sebab tekstur kulit muka dengan kulit badan ketara berbeza. Sayangilah kulit muka sendiri 🙂

Pilih pencuci muka yang hampir menyamai pH kulit kita untuk elak merengsakan kulit muka.

8) Elak memilih pencuci muka yang ada pengawet atau pewangi. Ia boleh menimbulkan alahan pada kulit wajah. Bahan ini perlu dielakkan ( sumber : American Academy of Dermatology )

  • Paraben
  • Phenoxyethanol methylchloroisothiazolinone
  • Quaternium-15
  • Formaldehyde
  • Imidazolidinyl urea
  • Sodium lauryl/laureth sulfate
  • Glycols
  • Synthetic colors
  • Phthalates
  • Hydroquinone

Pilihan dari Suplemen Shaklee Untuk Pulihkan Kulit Muka Rosak

Kulit rosak

BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN SET TERBAIK NI ?

Hubungi saya melalui Whatsapp di 012-3398734 untuk mendapatkan konsultasi paling tepat dengan pilihan suplemen terbaik berkaitan masalah dan bajet anda.

 

“Tiada Jalan Pintas Untuk Sihat”

:: Apa Yang Kita Makan Hari Ini Akan Menentukan Kesihatan Kita 10 Tahun Akan Datang ::

Untuk dapatkan info lanjut mengenai masalah atau produk seperti di atas serta konsultasi eksklusif khas untuk anda, sila hubungi saya segera:

Hadyla Rose
Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Puchong & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
012 – 339 8734

SID No.:
910071

Email:
hadylarose@diarinutrisi.com

Pulihkan Kulit Muka Rosak Akibat Kosmetik Beracun Dengan Bahan Semulajadi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge