Mencuci muka adalah langkah pertama dalam rutin penjagaan kulit wajah. Tetapi untuk memilih jenis pencuci muka yang betul-betul serasi dengan kulit muka agak mencabar kerana terlalu banyak pencuci muka di pasaran. Jadi tips memilih pencuci muka yang sesuai mengikut jenis kulit ini mampu membantu anda di luar sana membuat pilihan sebelum membeli.

 

Kesan jika kita bijak menggunakan produk yang betul, ia boleh membantu kulit kita kelihatan muda selama bertahun-tahun. Tetapi jika tersilap langkah hanya dengan satu tiub sahaja ia mampu merubah wajah dalam sekelip mata. Mestilah tak nak kan..

 

Apakah Jenis-Jenis Kulit Yang Patut Kita Tahu?

 

  • Kulit normal
  • Kulit berminyak
  • Kulit kombinasi
  • Kulit sensitif

 

Tips Untuk Mengetahui Jenis Kulit Dengan Mudah. Boleh Buat Di Rumah Saja

Langkah 1 : Pastikan kedua -dua tangan bersih. Basuh dan bersihkan wajah

Langkah 2 : Pat kering dengan tuala muka. Tunggu kira-kira 20-30 minit

Langkah 3 : Ambil 1 keping tisu,  koyak kepada 4 bahagian dan lekatkan di dahi, dagu, sepanjang hidung, dan di salah satu pipi

Langkah 4 : Tarik tisu selepas 5 minit

 

Perhatikan :

  • Jika tisu tidak melekat langsung itu tandanya kulit kering
  • Jika tisu ada melekat seketika dan jatuh tanpa kesan minyak itu tandanya kulit normal
  • Jika tisu melekat dan ada kesan minyak itu tandanya kulit berminyak
  • Jika anda melihat tisu melekat di bahagian dagu dan hidung sahaja dengan kesan minyak, itu tandanya kulit kombinasi
  • Jika anda terasa kulit menjadi gatal, tegang dan kemerahan, itu tandanya kulit sensitif. 

Apakah Ciri -Ciri Yang Paling Menonjol Untuk Setiap Jenis Kulit ?

#1. Jenis Kulit Normal 

Kulit normal mempunyai keseimbangan antara penghidratan, kelembapan, pengeluaran sebum atau tahap minyak. Kebiasaannya kulit adalah tidak terlalu kering dan tidak terlalu berminyak.

 

Kulit biasanya mempunyai :

  • Kulit yang berseri
  • Pori yang tak kelihatan dengan permukaan liang yang halus
  • Kulit kelihatan sangat sempurna
  • Tekstur kulit yang licin
  • Tidak kelihatan tompok yang berminyak
Baca Juga:  YOUTH Skincare : Produk Kecantikan Muka Terbaik, Selamat Dan Berkesan

 

#2. Jenis Kulit Kering

Kulit kering mempunyai liang yang kecil dan biasanya akan terasa tegang kerana kurang kelembapan.

Kulit kering boleh membuatkan nampak berumur lebih cepat, pengeluaran garis halus lebih cepat dan kedutan pun lebih awal dan juga boleh nampak lebih tua dari usia sebenar. Jika diamati dengan teliti akan nampak serpihan kulit di permukaan wajah.

Kulit kering boleh ditentukan secara genetik atau dicetuskan oleh faktor-faktor seperti iklim, kosmetik dan ubat-ubatan.

#3. Jenis Kulit Berminyak

Kulit berminyak mempunyai liang sederhana dan besar. Ia juga boleh diklasifikasikan sebagai kulit dengan tekstur kasar dan tebal yang mana ia berpunca dari liang yang tersumbat.

Wajah pula kelihatan lebih berkilat dan lebih cenderung kepada jerawat.

 

#4. Jenis Kulit Kombinasi

Kulit kombinasi ini terdapat dua jenis kulit iaitu berminyak dan kering. Zon T kebiasaannya lebih berminyak daripada kering.

Oleh itu bagi sesetengah bahagian wajah akan terasa kering dan tegang terutama selepas mencuci. Manakala di sekitar zon T pula kelihatan berminyak dan nampak wajah berkilat.

 

#5. Jenis Kulit Sensitif

Kulit sensitif mempunyai kapilari kecil dan nipis di permukaan kulit. Jika terdedah di kawasan cahaya matahari, ia boleh mengundang kemerahan, kekeringan atau mengelupas di sekitar muka.

Kebiasaan jenis kulit yang sangat sensitif ini sering dikaitkan dengan hormon yang tidak seimbang.

 

Pernah Dengar Pencuci Muka Yang Sesuai Dengan Semua Jenis Kulit ?

Youth Skincare Shaklee :

  • 3-dalam-1,
  • tidak mengandungi sabun,
  • pH seimbang,
  • campuran vitamin yang dipaten dan polifenol untuk menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit
  • Alga Hijau untuk menghaluskan dengan lembut

 

Pencuci muka ini berasaskan Gel Oil yang bertindak sangat lembut dan ringan pada wajah, yang mana memang sesuai dengan semua jenis kulit dan memang di buktikan secara klinikal.

Tips!

  • Kulit kering memerlukan pencuci muka yang lembut dan ringan supaya minyak dari kulit tidak terus hilang. Elak guna pencuci muka berasaskan foam nanti kulit akan bertambah kering.
  • Kulit berminyak memerlukan pencuci muka yang berasaskan air atau gel yang lembut dan ringan untuk buang lebihan minyak dan dalam masa yang sama supaya kulit tidak terlalu kering
  • Kulit kombinasi memerlukan pencuci muka yang berasaskan gel dan pH seimbang untuk mengekalkan kelembapan supaya liang-liang di muka tidak tersumbat
  • Kulit sensitif memerlukan pencuci muka yang bertindak secara lembut dan ringan.
Baca Juga:  Testimoni Youth : Masalah Parut Berlubang Di Pipi Makin Pudar Dalam Masa Singkat

 

Perbezaan Cleanser Youth Skincare : Bahannya terdiri daripada

  • 100% Vegan Berasaskan Tumbuhan
  • Hipolergenik
  • Tidak menyumbatkan liang pori
  • Diuji oleh ahli dermatologi
  • Diuji oleh ahli oftalmologi
  • Bebas dari 1,500 bahan kimia merbahaya

 

Rangkaian Youth Skincare Shaklee sangat memenuhi kriteria yang anda cari untuk kulit wajah yang lebih muda dan jelita.

cleanser youth shaklee
Berbaloi beli sebabnya saya pakai boleh sampai 6 bulan. Jimat! lebih kurang setiap sebulan saya hanya belanja dalam RM33 saja.

Order Youth Cleanser Sekarang

cara beli Shaklee

Perlukan Bantuan ?

Jika anda ingin HARGA PENJIMATAN sehingga 15-20%. Daftar diri anda sebagai ahli Shaklee untuk makan sendiri. KLIK di sini untuk maklumbalas lebih pantas http://hadylarose.wasap.my

 

Saya adalah pengedar Sah Shaklee Seluruh Malaysia. Istimewanya anda jika pembelian melalui saya anda layak mendapat konsultasi secara berterusan untuk penggunaan produk Shaklee secara tepat dan berkesan.

 

 

“Tiada Jalan Pintas Untuk Sihat”

:: Apa Yang Kita Makan Hari Ini Akan Menentukan Kesihatan Kita 10 Tahun Akan Datang ::

Untuk dapatkan info lanjut mengenai masalah atau produk seperti di atas serta konsultasi eksklusif khas untuk anda, sila hubungi saya segera:

Hadyla Rose
Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Puchong & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
012 – 339 8734

 

Jika anda berminat nak JANA INCOME dengan bisnes Shaklee ?

KLIK http://projekbuatduit2000

Tips Memilih Pencuci Muka Yang Sesuai Mengikut Jenis Kulit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge