Kebanyakan dari kita semua boleh kehilangan tumpuan atau fokus terutama di dalam kelas dari semasa ke semasa.  Bagi sesetengah pelajar pula ini adalah satu isu yang benar dan merupakan sesuatu yang menjadi penghalang kepada pembelajaran terutama anak-anak di peringkat sekolah atau di universiti.

Kadang kita sebagai ibu bapa juga sukar untuk membantu anak anak kerana istilah baharu dan tak sama dengan apa yang diajar pada anak-anak di sekolah.

Badan yang sihat dan kuat sangat membantu untuk anak mengekalkan daya fokus semasa proses pembelajaran.

5 Sebab Pelajar Sukar Memberi Tumpuan Di Dalam Kelas

#1. Persekitaran yang baru

Ramai pelajar terutama pelajar baru mempunyai masa yang sukar untuk memberi fokus di dalam bilik darjah semata-mata kerana mereka berada dalam persekitaran yang baru. Manakala bagi pelajar lama pula ia juga boleh berlaku jika selepas cuti persekolahan yang lama.

 

#2. Terganggu oleh rakan sekelas yang suka bersembang apabila guru mengajar

Bilik darjah boleh menjadi tempat yang penuh dengan gangguan, ada sesetengah kanak-kanak mempunyai masa yang lebih lama daripada yang lain untuk memberi perhatian kepada guru yang mengajar disebabkan oleh gangguan ini.

 

#3. Tidak mendapat tidur yang cukup

Jika anak anda tidak mendapat 8-10 jam tidur yang disyorkan setiap malam, badannya tidak akan mempunyai tenaga yang secukupnya untuk memberi perhatian di dalam kelas.

 

#4. Tidak mendapat pemakanan yang betul

Tidak mengambil sarapan pagi adalah satu lagi sebab utama kekurangan tumpuan dalam kelas. Jika anak anda ke kelas dalam keadaan lapar, dia lebih cenderung untuk terganggu dengan situasi lapar kerana menahan perut yang asyik berbunyi.

 

#5. Kesukaran belajar

Jika anak anda mengalami masalah di dalam kelas seperti  sering mendapat gred yang rendah, ini mungkin terdapat kesukaran dalam pembelajaran anak. Ada sesetengah kes, kanak-kanak ini mungkin menghadapi masalah pembelajaran seperti ADHD atau disleksia. Permasalahan ini dapat ditangani dengan bantuan guru terlatih dan pelan pembelajaran khas supaya anak anda dapat memperbaiki fokusnya dan berjaya di dalam kelas.

Baca Juga:  Cara Atasi Anak Cepat Letih dan Mudah Marah ?

Cara Atasi Masalah Anak Yang Kurang Fokus Di Dalam Kelas

#1. Dekati mereka dengan ajak lakukan aktiviti yang anak suka

Tetapkan matlamat jika seorang anak tahu bahawa dia akan pergi memancing contohnya apabila kerja sekolahnya siap, dia mungkin lebih bermotivasi untuk memberi fokus untuk terus menyiapkan kerjanya . Bagaimana dengan ganjaran? Ia dapat membantu dari segi motivasi anak selagi mereka diberikan masa untuk fokus berusaha berbanding selesai sesuatu aktiviti dengan cepat.

 

#2. Ketahui dengan lebih mendalam punca masalah mereka

Setiap kanak-kanak mempunyai keupayaan untuk fokus bergantung kepada faktor-faktor lain termasuk gaya belajar. Sebagai contoh kanak-kanak yang aktif yang belajar dengan tangan dengan melakukan aktiviti-aktiviti tertentu mungkin dia akan mengalami kesukaran untuk menumpukan perhatian kepada apa yang diajarkan oleh guru apabila dia banyak duduk diam dan hanya mendengar.

 

#3. Belajar untuk mendengar dan fahami mereka

Kajian penyelidikan menunjukkan bahawa perhatian boleh diperbaiki dengan latihan. Bagaimana ibu bapa boleh membantu kanak-kanak meningkatkan perhatian mereka ialah dengan belajar fahami mereka dengan lebih mendalam

 

#4. Sediakan jadual belajar yang terancang

Dengan adanya rutin seperti dalam jadual belajar, secara tidak langsung ia akan menjadi satu tabiat untuk meraka fokus kepada aktiviti yang sama secara berulang. Set masa belajar mereka dan sediakan tempat belajar yang selesa untuk mereka belajar dan hadkan masa belajar kerana anak tidak boleh belajar dalam tempoh yang lama kerana otak dah penat. Pastikan sekali sekala berilah mereka reward apa yang mereka suka tapi pastikan ganjaran itu bukan selalu.

 

#5. Bekal vitamin untuk bantu badan dan minda cerdas

Badan yang sentiasa lemah dan lesu boleh menyumbang kepada anak kurang fokus atau malas nak belajar. Kalau belajar pun tak faham sebab otak lambat proses maklumat dengan cepat. Ini adalah salah satu faktor anak tidak dapat fokus di dalam kelas kerana badan mereka kekurangan nutrisi penting yang sangat diperlukan oleh otak dan badan.

Baca Juga:  Ketahui 6 Tips Tanda Bayi Sakit Dan Belajar Isyarat Sebelum Melarat

Mudah-mudahan anak anak tidak ketinggalan jauh ke belakang di dalam pelajaran. Moga semuanya cemerlang dalam pelajaran seiring dengan rakan-rakan yang lain.

Vitamin Untuk Pelajar Dengan Suplemen Shaklee

Vitamin untuk pelajar

 

Macamana Nak Buat Pesanan ?

Hubungi saya melalui Whatsapp ke 012.3398734 atau klik di sini untuk lebih pantas http://hadylarose.wasap.my   bagi mendapatkan konsultasi paling tepat dengan pilihan suplemen terbaik berkaitan masalah dan bajet anda.

Saya adalah pengedar Sah Shaklee Seluruh Malaysia. Istimewanya anda jika pembelian melalui saya anda layak mendapat konsultasi secara berterusan untuk penggunaan produk Shaklee secara tepat dan berkesan.

 

Pilihan lain untuk anda yang mempunyai debit kad atau kad kredit, belian set ini boleh terus dibuat dengan  KLIK gambar di bawah untuk pembelian terus di Esell.  Ia Mudah, Selamatdan Cepat.Cara beli Shaklee online

Berminat nak jana income dengan bisnes Shaklee ? KLIK http://projekbuatduit2000

 

“Tiada Jalan Pintas Untuk Sihat”

:: Apa Yang Kita Makan Hari Ini Akan Menentukan Kesihatan Kita 10 Tahun Akan Datang ::

Untuk dapatkan info lanjut mengenai masalah atau produk seperti di atas serta konsultasi eksklusif khas untuk anda, sila hubungi saya segera:

Hadyla Rose
Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Puchong & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
012 – 339 8734

SID No.:
910071

Email:
hadylarose@diarinutrisi.com

Vitamin Untuk Pelajar Yang Kurang Fokus Dalam Pelajaran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge